Total Pageviews

Monday, August 8, 2011

Selamat Tinggal Medtech...

Selamat Tinggal Medtech....
Seorang teman menasihatkan aku untuk menulis blog ni dalam bahasa melayu. Untuk memenuhi permintaan teman aku sorang ni..aku tulis la jugak..sebab nya aku ni dulu dalam SPM, bahasa melayu la yang paling teruk keputusan nya.bukan apa aku tak berapa suka bahsa yang berbunga2 ni..takpe aku cuba gak....


Medtech atau media & technology Club adalah sebuah kelab yang di tubuhkan di universiti Teknologi Petronas sejak lebih 10 tahun yang dulu. Namun kewujudannya lebih dikenali sejak 5-6 tahun yang kebelakangan (betul kan kalau salah ye). Pada mula nya aku pun tak pernah terlintas nk terlibat kan diri dalam kelab ni.. yelah takde kene mengena dgn kerja aku...jadi kat sini aku nak kongsi la pada sesiapa2 yang nak tahu se awal penglibatan aku dari mula sampai lah aku dah keluar dari medtech ni

Aku mula melibatkan diri dalam medtech sejak tahun 2007 kalau tak silap..pada mula nya aku di pujuk oleh kakitangan ITMS yang jaga media unit..aku pun tak terpikir pun nk terima ajakan mereka ni...Tapi selepas itu, baru lah aku di sapa oleh presiden dan naik presiden kelab pada waktu itu..Nuriman & Afiqah..mula2 ingat mereka ni macam ber"pasangan"..tapi rupanya kawan tapi mesra...Sejak dari itu..aku mulalah berjinak kenal apa itu medtech dan sebagainya..Mula2 biasa lah tak akitf...lama kelama2an naik seronok pula...

Habis zaman pemerintahan iman & afiqah, lepas AGM, ganti pula dengan Numan & Zakwan..masa zaman mereka ni aku mula dah nak aktif kan diri.numan memang bagi aku seorang ketua yang punyai kredibiliti yang tinggi...dia ni kalau buka bisness aku yakin boleh maju..aminnn...zakwan pula, pendiam sikit orang nya..rupanya numan dan zakwan ni satu MRSM dulu..senior junior rupanya...banyak juga lah acara2 yang aku sertai selaku advisor...cuma masa zaman ni, aku teringat pada cyberkids...almaklumlah, zaman ni, zaman politik di Perak bergelora sangat2...peralihan menteri besar..Cyberkids masa tu hantar surat ke menteri besar perak..jadi tak perlu lah aku komen banyak sebab perkara pun da berlalu...biar lah ia nya menjadi pengalaman untuk semua yang terlibat..sampai aku pun kena panggil di pejabat....tapi sekarang ni aku rasa itu lah salah satu pengalaman yang boleh di kongsi dengan semua orang sebab dari tekanan ia nya bertukar menjadi satu memori yang indah sebenarnya...pada zaman pemerintahan numan ni juga, aku selalu lah berkomunikasi atau lebih tepat "kacau" si numan dan amir azfar..teman sebilik numan..mereka ni kawan baik lah kira nya...macam belangkas...sampai tempat buat latihan praktikal pun sama..tapi rasa nya sekarang masing2 dah kerja di tempat yang berlainan...

Habis je  penggal numan dan Zakwan, terbit lah pula barisan pemimpin medtech yang lain..kali ni Presiden Nashrullah...Kebetulan si nashrullah ni satu tempat kediaman dekat dengan rumah aku..jadi keakraban tu lebih sikit lah..sampai teman sebilik dia pun aku kenal juga, si sfuan RCSU...mula lah aku kenal lebih lagi acara2 yang di jalankan oleh medtech lebih lanjut lagi...dari cyberkids, EMS, Media Tour dan sebagai nya..memang buat kan aku lagi akrab dengan medtech dan adik2 medtech kebanyakan nya..sampai satu tahap, perkara2 yang sensitif pun aku tahu..mana tak nya, aku rapat dengan komiti2 semua acara2 medtech..mungkin sebab ketua nya rapat dan anak2 buah nya pun rapat sekali lah..

Selepas Nasrullah, baru lah zaman izzat dan komiti2 nya...banyak juga yang mereka ni kena buat..lagipun barisan kepimpinan pada masa itu, ramai yang muda2 lagi..jadi perlukan masa untuk membawa medtech ke hala tuju yang di kehendaki...Alhamdulillah sedikit sebanyak barisan pemimpin pada masa tu boleh mengerakkan ke arah yang mereka kehendaki....Mula2 aku sendiri tak yakin dengan mereka ni..tapi setelah beberapa bulan baru lah dapat rentak yang betul..

Namun, apakan daya, aku tetap punyai tugasan dan dugaan aku tersendiri..memang tak di nafikan aku sayang pada medtech ni..malah adik2 yang ada dalam medtech atau yang pernah berada dalam medtech, tetap dalam ingatan aku..tapi aku tak mampu nak beralih dengan keputusan yang telah aku buat..ada perkara lain yang hendak aku utamakan..mungkin dan sampai masa nya aku berundur....

Sebenarnya sudah 3 kali aku cuba nak mengundur kan diri..beberapa sebab yang aku boleh kongsi kan..salah satu nya, kecewa atas ke tidak sungguhan ahli2 medtech..kedua nya, campur tangan dari pihak2 yang aku rasa tidak sepatut nya membuat keputusan..sebab2 yang lain..yang besar bagi aku ialah..kerja2 yang menggunung di pejabat dan juga pertukaran jabatan yang memerlukan aku menumpu kan sepenuh nya masa aku di pejabat dan di rumah...sedih tapi memang aku redha....sebab aku tahu Allah lebih mengetahui apa yang terjadi dan ianya adalah yang terbaik untuk aku...

Dipendekkan cerita banyak juga kenangan manis, sedih, gaduh2 sikit..hahha..penat, gembira dan sebagainya..semua nya masa aku berada dalam medtech untk 4-5 tahun yang lalu..macam mimpi pula, dan macam tak percaya pula....

Akhir kata aku haraf sangat kelab ini terus maju di bawah kepimpinan komiti yang baru..dan di bawah penasihat yang baru + lama...aku ikhlas kan apa yang aku dah tunjuk ajar pada adik2 medtech..dan terima kasih juga untuk pengalaman yang manis yang akan aku semat kan dalam memori aku...moga yang terindah dan yang terbaik untuk kalian....

Untuk yang aku tidak sebut nama dalam ni..jangan kecil hati sebab ramai sangat nama nak di sebut kalau diikutkan...hanya AKU & KAMU saja yang tau... :)

salam dari ABANG KHAIBAD..singing off officially July 2011...

1 comment:

  1. Sweet and meaningful note!!!
    Thank you very much abg khaibad.
    U did so much for Medtech.
    Jazakallukhairan katsira
    (^_^)

    ReplyDelete